Bahasa Melayu Terengganu

Bahasa Melayu Terengganu (tulisan Jawi: بهاس ملايو ترڠݢانو) adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia kecuali di Pulau Perhentian, daerah Besut dan bahagian utara daerah Setiu di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan Bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Terengganu seperti di pesisir sebelah timur Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Tanjung Sedili) dan sehingga ke Kepulauan Anambas, Indonesia.Walaupun loghat ini kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak persamaan.